PM Akan Hubungi Raja Arab Untuk Bincang Isu Kuota Haji - Jamil Khir - Semasa | mStar

PM Akan Hubungi Raja Arab Untuk Bincang Isu Kuota Haji - Jamil Khir

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini.

"Isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila di saat akhir nanti berlaku pula kejadian yang tidak diingini.

"Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Musthapa. Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia itu.

Isu kuota haji timbul kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan perhimpunan haram di tanah suci itu.

Jamil Khir berkata walaupun kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi lagi tetapi pihaknya ada meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.

"Rakyat di Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen juga ada masalah malah lebih besar dari negara kita tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan Mekah," katanya.

Menurutnya, Tabung Haji juga telah menghantar surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi menjelaskan isu perhimpunan haram tersebut.

Sementara itu, beliau berkata muzakarah kali kelapan kali ini akan menumpukan pada topik pelaburan emas yang merupakan satu pelaburan produktif dan mendapat sambutan hangat pada masa kini.

"Kita boleh lihat trend kenaikan emas yang boleh menjangkau sehingga 250 peratus dalam lima tahun terkini menunjukkan komoditi ini merupakan salah satu cabang pelaburan.

"Biarpun begitu orang Islam perlu mengetahui ada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam menjalankan aktiviti jual dan beli emas ini," katanya.

Katanya keputusan muzakarah tersebut akan menjadi panduan berguna kepada individu yang terlibat dengan pelaburan emas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain