suria

Polis Tahan Tujuh Wanita Warga Indonesia Tawar Khidmat Seks

GEORGE TOWN: Polis menahan tujuh wanita warga Indonesia pelayan pelanggan (GRO) berumur dalam lingkungan 18 dan 29 tahun dalam satu serbuan di pangsapuri Sri Kristal Farlim, Ayer Itam malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata serbuan pada pukul 8.30 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas intipan dibuat di sejak beberapa hari lepas.

"Berdasarkan kepada penemuan enam bungkusan kondom dan pelincir di dalam sebuah bilik di situ, polis percaya wanita berkenaan turut terlibat dalam kegiatan pelacuran," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Gan berkata polis turut menahan lelaki berusia 39 tahun yang bertindak sebagai penjaga wanita terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain