Polis Tahan Lapan lelaki Dalam Kes Curi Kereta Di Selangor - Semasa | mStar

Polis Tahan Lapan lelaki Dalam Kes Curi Kereta Di Selangor

IPOH: Polis menahan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kereta di sekitar Selangor, Selasa.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata mereka ditahan pada pukul 9.30 pagi di sebuah hotel di sini dan polis menemui lima buah kereta curi di kawasan letak kereta hotel berkenaan.

Beliau berkata kereta jenis Proton Wira, Toyota Hilux, Mitsubishi dan dua buah BMW yang ditemui itu dilaporkan dicuri dan disamun di Cheras dan Petaling Jaya.

"Sebelum ini, polis trafik yang membuat rondaan di sekitar bandar raya ini mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan lalu membuat siasatan dan mendapati mereka terlibat dalam kegiatan menyamun dan mencuri kereta," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata kumpulan itu bergerak dari satu negeri ke negeri lain untuk melakukan samun kerana polis turut menemui beberapa bilah parang di dalam sebuah kereta yang ditemui itu. Mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu dalam perkembangan lain, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun membabitkan senjata api dengan tangkapan tiga lelaki masing-masing di Tapah, Sitiawan dan Tanjung Malim pada Khamis dan Ahad lepas.

Mohd Shukri berkata di Tanjung Malim, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang bersenjatakan pistol dan parang semasa menyamun sebuah kedai aksesori telefon di Taman Berop Idaman, Ahad lepas.

Polis turut merampas barang yang dicuri antaranya pelbagai jenis telefon bimbit dan komputer riba yang bernilai RM15,000 dan menemui sepucuk pistol jenis Smith and Wesson yang berisi lima butir peluru dan sebuah gari di dalam poket suspek.

Pada hari yang sama, di Sitiawan, polis menahan lelaki berusia 30 tahun kerana memiliki sepucuk pistol jenis Norinco bersama tujuh butir peluru dan satu kelopak peluru yang disimpan di dalam almari bilik tidurnya.

Di Tapah, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana memiliki dua laras senapang angin, 96 butir bebola besi, 18 bungkusan bebola plastik dan sebuah pemampat udara.

Ketiga-tiga mereka masih ditahan reman untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain