Aktivis Ditahan Ketika Pasang Poster Bersih 3.0 di USM - Semasa | mStar

Aktivis Ditahan Ketika Pasang Poster Bersih 3.0 di USM

GEORGE TOWN: Seorang aktivis muda ditahan ketika memasang poster Bersih 3.0 di Universiti Sains Malaysia (USM), awal pagi Jumaat.

Sumber polis memberitahu Bernama pengawal keselamatan kampus menahan lelaki berusia 21 tahun ketika dia sedang memasang beberapa keping poster perhimpunan itu di kawasan dewan kuliah pada pukul 2.30 pagi.

Katanya aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata aktivis itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

"Siasatan berhubung kes ini masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang untuk arahan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda maksimum RM3,000, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain