suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petronas Dagangan Perkenalkan Penghantaran Ke Rumah Gas Memasak

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd telah memperkenalkan sistem Penghantaran ke rumah Gas Petronasnya, iaitu satu cara yang unik dan selesa memesan gas memasak menerusi panggilan hotline seluruh negara 1-300-888-GAS(427).

Para pengguna seluruh Malaysia kini boleh menempatkan pesanan untuk kedua-dua silinder gas petroleum cecair 12kg dan 14kg melalui nombor hotline tunggal itu.

Syarikat telah memberi jaminan penghantaran adalah dalam tempoh satu jam selepas panggilan dibuat.

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Petronas Dagangan, Amir Hamzah Azizan berkata syarikat mensasarkan pertumbuhan tambahan 20,000 silinder gas setahun selepas pelancaran skim itu.

Syarikat pada masa ini menjual empat juta silinder gas sebulan.

"Saya amat yakin perkhidmatan ini akan menarik pengguna sedia ada dan baru kerana kami telah meningkatkan usaha menambahbaik perkhidmatan kami untuk pengguna kami," kata Amir Hamzah kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu di sini, Isnin.

Penghantaran ke rumah itu meliputi semua bandar utama seluruh Semenanjung Malaysia.

Petronas Dagangan juga telah menggariskan rancangan itu melaksanakan sistem ini seluruh Malaysia secara berperingkat, termasuk Sabah dan Sarawak, untuk melangkaui pengguna secara menyeluruh, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya.

Syarikat turut menawarkan perkhidmatan tambah nilai termasuk pemeriksaan keselamatan percuma dan poin ganjaran kad Mesra. - BERNAMA

Artikel Lain