suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Maut Dilanggar Penunggang Motosikal

KUANTAN: Seorang anggota polis maut manakala anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera dalam kemalangan di Km 356 Jalan Raub-Bentong dekat simpang masuk ke Taman Raub Jaya 5, Raub, pada Isnin.

Zahari Che Min, 45, yang bertugas di Balai Polis Raub, mati di tempat kejadian manakala anaknya Mohd Syazmi, 11, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar Raub menuju ke Bentong.

"Ketika hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan, dia dipercayai terjatuh dengan sendiri bersama-sama anaknya dan pada masa sama, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Bentong merempuh mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata penunggang motosikal yang merempuh dua beranak itu cedera ringan. Mayat mangsa telah dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Tumpat, Kelantan, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain