suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dua Tahun Lemas Di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Pada kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ," katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. - BERNAMA

Artikel Lain