suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yayasan Selangor Akui Amalan Kewangan Lemah Anjur Aktiviti

SHAH ALAM: Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki pada Selasa mengakui wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010, termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke-40.

"Terdapat kesilapan dalam perbelanjaan Yayasan Selangor yang bertentangan bukan hanya dengan garis panduan kewangan negeri tetapi juga asas perbelanjaan berhemah," katanya pada pendengaran awam yang dikendalikan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)berhubung perkara itu di sini.

Yayasan Selangor sedang disiasat, antara lain, berhubung dakwaan berbelanja lebih RM1.4 juta untuk pelbagai acara pada 2010, menyebabkan banyak pihak mendesak supaya satu siasatan dijalankan mengenai 'kemewahan' yayasan pelajaran negeri.

Ilham berkata antara kesilapan yang dilakukannya ialah dengan tidak memaklumkan lembaga amanah berhubung cadangan perbelanjaan termasuk majlis makan malam gala sempena ulang tahun yayasan yang ke-40.

Ilham berkata beliau tidak sedar mengenai protokol yayasan apabila Yayasan Selangor memutuskan untuk membelanjakan RM270,750 bagi majlis makan malam itu, yang dibatalkan kemudian selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan untuk menghadiri majlis itu.

"Kami gagal mendapatkan semula pendahuluan yang dibayar kepada pengurus acara berikutan pembatalan majlis (pada 12 November, 2010), katanya.

Ilham mengakui bahawa Yayasan Selangor telah terlibat dalam kegiatan yang tidak menepati objektif yayasan bagi meningkatkan pembangunan pelajaran negeri termasuk menganjurkan satu pertandingan memancing.

Beliau berkata bayaran pendahuluan lebih 90 peratus dibuat kepada pengurus acara sebelum pertandingan itu dijalankan.

Ilham juga mendakwa bahawa RM500 juta telah 'hilang' dari Yayasan Selangor antara 1991 dan 2008, dengan mendakwa terdapat kebocoran.

Pendengaran Selcat bersambung esok. BERNAMA

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain