suria

Othman Dilantik Duta Ke AS

Othman Hashim.
Othman Hashim.
Othman Hashim.

KUALA LUMPUR: Wakil Tetap Malaysia Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Othman Hashim dipilih sebagai duta baru ke Amerika Syarikat (AS).

Dilomat kanan itu dikatakan sebagai satu-satunya yang layak untuk menggantikan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang berkhidmat dalam jawatan itu selama dua setengah tahun di Washington.

Dr Jamaluddin akan berkhidmat sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat dengan mengekalkan kedudukan menteri beliau.

Pegawai diplomatik berkata, Jabatan Negara AS telah memperakui perjanjian pelantikan Othman.

Othman pernah berkhidmat sebagai duta Czech Republik dan timbalan ketua setiausaha (1) di Wisma Putra sebelum beliau berkhidmat di Geneva pada 2009.

Pemilihan beliau akan memenuhi jawatan diplomat ke Amerika Syarikat selepas pelantikan ahli politik Dr Jamaluddin, bekas menteri yang merupakan Ahli Parlimen Rompin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau yakin Othman akan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab sambil menambah pengalaman beliau dalam PBB di Genera begitu penting.

“Kami fikir Othman adalah orang yang paling tepat memegang jawatan itu dan Perdana Menteri telah pun memberi kelulusan,” katanya kepada The Star.

Othman akan menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong dan tarikh akan ditetapkan untuk beliau berjumpa dengan Presiden AS, Barack Obama di White House.

Anifah mengucapkan terima kasih kepada Dr Jamaluddin kerana menjalankan tugas dengan cemerlang, sambil menyatakan perkhidmatan beliau masih diperlukan sebagai duta khas.

“Beliau telah melakukan banyak kepentingan Malaysia di Amerika Syarikat dan membantu meletakkan hubungan kita pada kedudukan yang lebih kukuh,” katanya.

Dr Jamaluddin memberi jaminan untuk mempersiapkan sebagai duta baru bagi mengukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Luar kerana terus memberi kepercayaan dan saya akan melakukan yang terbaik dengan tanggungjawab baru ini,” katanya Dr Jamaluddin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain