10 Rumah Di Sungai Rambai Dinaiki Air - Semasa | mStar

10 Rumah Di Sungai Rambai Dinaiki Air

BUKIT MERTAJAM: Lebih 10 rumah dekat Sungai Rambai, Permatang Rawa, di sini dilanda banjir kilat pada Ahad, kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Banjir kilat itu berlaku sejak pukul empat pagi tadi selepas hujan lebat kira-kira 30 minit dan air memasuki rumah penduduk sehingga ke paras paha.

Seorang penduduk, Yusri Yusoff, 43, berkata banjir sejak awal pagi ini paling teruk dalam minggu ini ekoran aliran air hujan tersekat.

"Bila hujan lebat, kami penduduk di sini sudah mula bimbang kerana rumah akan dinaiki air dan ia berlaku sejak bermulanya projek pembinaan Landasan Berkembar Keretapi Elektrik Ipoh-Padang Besar dua tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Sementara itu, Aiton Mohd Ariff, 47, berkata banjir hari ini menyebabkan kebanyakan perabot di rumahnya rosak akibat ditenggelami air.

"Sebelum ini banjir hanya melanda sekali atau dua kali dalam tempoh setahun, tetapi kini setiap kali hujan lebat pasti kami akan berhadapan dengan banjir," katanya.

Siti Mariam Hashim, 42, pula berkata pembinaan parit berhampiran rumahnya membuatkan kediamannya itu kerap mengalami banjir kilat apabila hujan.

Beliau berkata sebelum ini parit sedia ada terletak kira-kira 200 meter daripada rumahnya, tetapi kini ia dibina hanya tiga meter dari halaman rumah.

"Parit yang kecil dan sempit itu antara punca banjir besar di kampung kami, jadi saya minta kerjasama pihak berkenaan untuk mendalam dan melebarkannya, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan penderitaan penduduk di sini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Nigeria Edar Dadah Dihukum Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain