Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang - Semasa | mStar

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain