suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat Di Tangga Pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan terlentang dan tangan terikat dengan kain batik serta kesan darah di kepala di tangga tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Sentul Bahagia, di sini, Isnin.

Menurut seorang penduduk di situ yang enggan dikenali, mangsa yang hanya dikenali sebagai Siva, 62, ditemui mati kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh pengawal keselamatan serta kakaknya.

"Mangsa sepatutnya pergi ke kuil bersama kakaknya semalam, namun mangsa gagal dihubungi membuatkan kakaknya membuat keputusan mencarinya di rumahnya di tingkat lapan pangsapuri tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Namun kakak mangsa mendapati pintu rumah adiknya terbuka tetapi tiada sesiapa di dalamnya sebelum menemui mangsa yang mati di tangga berkenaan dan lengkap berpakaian. Difahamkan mangsa tinggal berseorangan di pangsapuri tersebut sejak sembilan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Superitendan Zakaria Pagan gagal dihubungi untuk pengesahan. - BERNAMA

Artikel Lain