Permintaan Tiga Keturunan Negeri Perak Dapat Persetujuan JPN

PUTRAJAYA: Penggunaan gelaran 'Megat', 'Puteri', 'Tun', dan 'Meor' kini boleh diwarisi oleh anak-anak kepada kaum wanita dari tiga keturunan di Perak, kata Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin.

Beliau berkata tiga keturunan tersebut adalah dari Keturunan Megat Terawis, Keluarga Jamalullail Perak serta waris, dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak.

Megat Iskandar berkata persoalan mengenai perkara itu timbul kira-kira tiga bulan lepas apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan satu pekeliling mengenai warisan gelaran keturunan berkenaan, dan ia tidak menyatakan sebarang butiran mengenai warisan gelaran oleh pihak keluarga kaum wanita daripada keturunan itu.

Menurutnya dalam pertemuan Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Persatuan Keluarga Jamalullail Perak serta waris dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak dengan JPN di sini Khamis, jabatan itu memberikan persetujuan untuk menimbang permohonan anggota keluarga daripada kaum wanita keturunan berkenaan, mewarisi gelaran-gelaran itu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata pemohon hanya perlu mengemukakan dua dokumen penting iaitu surat salasilah keluarga mereka dan juga surat pengesahan waris masing-masing, bagi tujuan itu.

"Dua dokumen itu penting, ia perlu ada, barulah JPN akan layan permohonan mereka, jika tidak maka anak-anak mereka tidak boleh menggunakan gelaran yang diwarisi dari kaum wanita keturunan kami," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin yang turut ditemui di sini berkata pihaknya amat menghargai kerjasama JPN dalam perkara itu.

"JPN memberikan kerjasama yang amat baik dengan pihak kami, dan kami ucapkan terima kasih atas pertimbangan yang diberikan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain