suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurup Wang Disamun RM700,000

GEORGE TOWN: Seorang pengurus sebuah syarikat pengurup wang kerugian RM700,000 apabila disamun di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini pagi Khamis.

Mangsa yang berumur sekitar 50-an itu turut cedera pada tangan kanannya akibat ditetak oleh seorang lelaki dengan parang dalam kejadian 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zain berkata kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa memberhentikan keretanya di tempat kejadian apabila tiba-tiba seorang lelaki berusia lingkungan 20-an membuka pintu kereta itu dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg yang dibawanya yang mengandungi pelbagai mata wang bernilai RM700,000.

"Apabila mangsa cuba mempertahankan beg itu, suspek yang bersenjatakan parang bertindak menyerang mangsa dengan menetak tangan kanannya sebelum melarikan beg itu," kata Hatta kepada Bernama.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu bersama rakannya yang menunggu di dalam kereta itu tidak jauh dari tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa yang sepatutnya menaiki pesawat ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Hatta berkata polis telah melancarkan operasi bagi mengesan kedua-dua suspek kerana melakukan samun bersenjata yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan. - BERNAMA

Artikel Lain