suria

Warga Emas Terbunuh Selepas Motosikal Bertembung Di Lunas

KULIM: Seorang warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Bukit Lada, Lunas dekat sini, Rabu.

Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Kulim, Asisten Superintenden Ismail Ayob berkata, mangsa S.Ponnosamy, 60, dari Taman Kuchai, meninggal dunia tidak lama selepas nahas itu berlaku iaitu kira-kira 12.40 tengah hari.

"Kepala Ponnosamy dipercayai parah akibat tejatuh atas jalan raya selepas bertembung dengan motosikal K.Santhaguru, 27, yang datang dari arah Lunas ke Taman Industri Saujana, dan beliau mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, Santhaguru dari Kampung Siam, luka parah dan dirawat di Hospital Kulim manakala mayat Ponnosamay dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

AirAsia X Tawar Tambang Murah

Artikel Lain