Percaya Atau Tidak Pekerja Indonesia Hantar Pulang AS$2.1 Bilion Sepanjang 2011 - Semasa | mStar

Percaya Atau Tidak Pekerja Indonesia Hantar Pulang AS$2.1 Bilion Sepanjang 2011

JAKARTA: Sejumlah AS$6.1 bilion telah dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia ke negara asal mereka dari Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 bilion adalah dari Malaysia. Itulah angka yang tercatat di bank pusat Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank, yang tidak direkodkan BI.

Pengarah Pemberdayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Baslian Krisnayoza berkata, kiriman wang berjumlah AS$6.1 bilion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan Eropah dan Australia.

Kiriman pulang wang dari kawasan Asia sahaja sudah berjumlah AS$3.5 bilion iaitu dari Malaysia AS$2.1 bilion, Taiwan (AS$448 juta), Hongkong (AS$441 juta), Singapura (AS$238 juta), Jepun (AS$146 juta), Korea Selatan (AS$85 juta), Brunei (AS$53 juta), Macao (AS$38 juta) dan lain-lain AS$2.69 juta, katanya dalam siaran berita di sini.

Kiriman dari kawasan Timur Tengah dan Afrika berjumlah AS$2.4 bilion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu Rp2 bilion, kiriman dari Amerika berjumlah AS$129 juta manakala kiriman dari kawasan Eropah dan Australia pula berjumlah AS$22.3 juta.

"Secara keseluruhan, kiriman 2011 yang berjumlah AS$6.1 bilion mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kiriman pada 2010 yang berjumlah AS$6.7 bilion," kata Krisnayoza. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Penjenayah Lepaskan Tembakan Lepas Samun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain