suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Tidak Wajar Heret Rakyat Selesai Masalah Peribadi:Adnan

BERA: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi jalanan bagi menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapinya.

Beliau berkata kempen "Bebas Anwar 901" yang dirancang sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Jan ini boleh mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai.

"Kempen itu adalah tindakan yang boleh memberikan kesan buruk dan menggugat kestabilan baik dari segi keamanan, politik, sosial dan ekonomi negara," katanya katanya kepada pemberita selepas majlis bersama Peserta Felcra Projek Tanah Kelompok (RTK) Tembangau di sini, Sabtu.

Beliau berkata Penasihat PKR itu perlu menghormati keputusan yang akan dibuat mahkamah pada 9 Jan ini berhubung kes liwatnya kerana keputusan itu akan dibuat berdasarkan perbicaraan dan bahan bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah.

"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim nanti tidak memihak kepadanya," katanya.

Oleh yang demikian, tegas Adnan, Anwar tidak perlu mengheret rakyat dalam soal peribadinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain