suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Demo Pelajar UPSI Tidak Menunjukkan Keganasan Polis

PETALING JAYA: Sebuah video yang disiarkan di YouTube berhubung demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Ahad memaparkan adegan huru-hara ketika polis cuba menyuraikan himpunan itu.

Bagaimanapun rakaman lebih lapan minit itu tidak menunjukkan kumpulan pelajar berkenaan diserang pihak polis seperti yang didakwa banyak pihak.

Rakaman pada minit keempat menunjukkan keadaan huru-hara mula berlaku apabila ahli kumpulan berkenaan bertindak mencetuskan kekecohan dengan mengingkari arahan polis.

Sebelum ini pemimpin politik pembangkang dan aktivis mendakwa bahawa beberapa orang pelajar dipukul pihak polis selepas enggan bersurai daripada perhimpunan berkenaan.

Malah pihak polis turut menafikan dakwaan keganasan tersebut.

Artikel Berikut

16 Rumah Kedai Hangus

Artikel Lain