suria

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

GEORGE TOWN: Seorang doktor ditikam dua kali di bahagian pinggang oleh seorang lelaki warga emas yang datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran Magazine Road, di sini malam Khamis.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 9 malam, ketika suspek berusia 67 tahun itu berada di dalam bilik bersama Dr Lee Kok Seng di kliniknya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Superitendan Gan Kong Meng yang dihubungi di sini mengesahkan kejadian.

"Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian. Motif kejadian belum dapat dipastikan," katanya.

Susulan itu, suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bernama difahamkan mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain