Balkis Boleh Kembali Aktif - Semasa | mStar

Balkis Boleh Kembali Aktif

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan agar Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dibenarkan kembali bergerak setelah pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009 berhubung dakwaan salah guna dananya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas menemui peguam S.Selvarajah, yang mewakili pemohon-pemohon, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili ROS.

Pemohon terdiri kerajaan negeri Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut iaitu isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd.

Mereka telah memohon agar satu semakan kehakiman dibuat berhubung keputusan ROS yang membatalkan pendaftaran Balkis.

Mereka mahu agar Balkis dibenarkan kembali bergerak.

Balkis pernah dituduh oleh Khalid telah menyalahgunakan kewangannya semasa di bawah presidennya yang dahulu, Datin Seri Zaharah Kechik, iaitu isteri Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Selvarajah memberitahu pemberita bahawa Hakim Rohana membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa Salbiah mempunyai locus standi dalam membuat permohonan itu.

"Mahkamah mendapati bahawa beliau berhak untuk memikirkan bahawa beliau layak daripada segi perlembagaan Balkis menjadi Yang Dipertua kerana beliau adalah isteri Menteri Besar," katanya.

Selvarajah berkata mahkamah menolak permohonan pihak lain kerana tidak mempunyai locus standi memandangkan mereka ini hanyalah penyumbang kepada Balkis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

Bas Sekolah Rempuh Tujuh Kenderaan Lain

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain