suria

RM100 Juta Diperuntukkan Bantu Kaum India Majukan Perniagaan Di Bawah Program Tukar

MELAKA: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) kepada peniaga kecil masyarakat kaum India di negara ini bermula tahun hadapan. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, peruntukan tersebut diumumkan di bawah Belanjawan 2012 bagi meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi masyarakat kaum India.

"Program ini melibatkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di mana masyarakat kaum India yang menjalankan perniagaan berpeluang mengembang dan memperbaiki kekurangan perniagaan yang sedia ada melalui proses pemodenan perniagaan.

"Bantuan kewangan, sokongan dan nasihat turut diberikan supaya satu perubahan baru dalam proses pengendalian perniagaan yang lebih moden dapat dipraktikkan oleh masyarakat kaum India khususnya," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Projek TUKAR di Taman Sri Duyong 2 di sini, Isnin.

Dr Subramaniam berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk mentransformasikan 500 buah premis perniagaan di bawah program yang sama pada tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut 47 daripadanya merupakan perniagaan yang diterajui oleh masyarakat India. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain