suria

YDP Sarawak Dilantik Semula

PUTRAJAYA: Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Disember ini.

Abang Muhammad Salahuddin menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Melawati, di sini, pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyaksikan upacara pelantikan itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain