APMM Bantu Polis Cari Mayat Nelayan Dicampak Ke Laut - Semasa | mStar

APMM Bantu Polis Cari Mayat Nelayan Dicampak Ke Laut

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membantu polis mencari mayat seorang nelayan warga Kemboja yang dipercayai mati dibunuh dan dicampakkan ke laut pada Sabtu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim 9, Kuala Terengganu Kept Adam Aziz berkata pihaknya akan meminta bantuan untuk mencari mayat nelayan berkenaan.

"Selain itu kita juga menyediakan kapal untuk operasi mencari," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K Manoharan sebelum ini berkata seorang nelayan warga Kemboja mati ditembak dan mayatnya dicampakkan ke tengah laut dalam kejadian pagi Sabtu itu.

Katanya kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara nelayan warga Thailand dan Kemboja berkaitan tugas memasak ketika mereka baru saja keluar ke laut untuk menangkap ikan.

Manoharan berkata suspek menggunakan bot itu untuk membawa lapan lagi nelayan Kemboja ke pelabuhan Chendering sebelum dia melarikan diri bersama 21 lagi nelayan Thailand dengan bot yang sama.

Adam berkata apa yang menyulitkan bot APMM untuk menjalankan operasi ialah keadaan laut sekarang bergelora dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

"Kemungkinan kita juga meminta bantuan daripada lain-lain agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam operasi mencari mangsa," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata musim tengkujuh kapal APMM berlindung di pulau-pulau dan pada masa yang sama akan membuat pemantauan harta di pusat peranginan di situ.

Ini kerana ada kes nelayan asing datang ke pulau berkenaan dan mengambil barang-barang yang ada di chalet yang ditinggalkan sepanjang musim tengkujuh, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Terengganu Terus Bertambah Baik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain