Sekolah Diingatkan Tidak Tuntut Yuran Yang Telah Dimansuhkan - Muhyiddin - Semasa | mStar

Sekolah Diingatkan Tidak Tuntut Yuran Yang Telah Dimansuhkan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak pentadbiran sekolah kerajaan supaya tidak menuntut segala bentuk yuran yang sudah dimansuhkan termasuk yuran peperiksaan, kertas peperiksaan dan ko-kurikulum daripada pelajar.

Beliau berkata pemansuhan yuran yang membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta itu kini diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan sebagaimana diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

"Kerajaan akan mengambil alih segala kos yang biasa dikenakan untuk peperiksaan, untuk membeli kertas-kertas, untuk ko-kurikulum dan sebagainya. Jadi saya harap sekolah-sekolah tidak akan menuntut bayaran sebegini kerana semuanya akan ditanggung kerajaan.

"Kita harap dengan pemansuhan ini juga akan dapat mengurangkan beban ibu bapa dan membantu anak-anak ke sekolah," katanya ketika berucap di majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban di sini.

Seramai 185 pelajar India yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas dan mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Tamil diraikan pada majlis itu. Turut hadir Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay dan Pengarah-pengarah Malaysia Nanban iaitu Datin Zainam Rokiah, Ahmad Mydin Sikandar Batcha, Noorutheen Sikandar Batcha dan Shafee Zaman Sikandar Batcha.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau berharap pencapaian di sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara akan menjadi setanding dengan pencapaian sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah kebangsaan.

"Bagi kita, pendidikan adalah wahana paling penting dalam melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi yang akan menjadi faktor penentu kemajuan negara. "Dalam soal ini kita tidak membeda-bedakan antara kaum dalam negara kita untuk mendapat hak dalam soal pendidikan. Oleh sebab itu setiap kaum kita berikan tumpuan.

"Kita ada hampir 10,000 sekolah di seluruh negara dan lebih 500 daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil," katanya.

Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti cadangan yang dibuat Shafee Zaman yang dalam ucapan aluannya menyarankan supaya bahasa Tamil dijadikan mata pelajaran wajib diduduki oleh pelajar India dalam peperiksaan SPM.

"Kita akan meneliti perkara itu kerana kementerian juga perlu mengambil kira mata pelajaran bahasa lain dan ia akan diputuskan selepas diteliti kementerian," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Duit Bantuan RM100 Sah: Wee

default image

Pembangkang Gesa SPRM Siasat Giat Mara Pula

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain