suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota TUDM Gong Kedak Sedia Bantu Mangsa Banjir

BESUT: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) menyediakan 300 anggotanya untuk membantu sekiranya banjir melanda negeri ini pada musim tengkujuh nanti.

Komandernya, Brig Jen Mohd Faudzi Ahmad berkata anggotanya akan dikerah ke seluruh negeri terutamanya di daerah-daerah yang menghadapi bencana alam itu sekiranya diarah oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan Bencana Negeri.

"PUGK telah bersedia dari segi logistik menyediakan kemudahan seperti bot, trak dan jaket keselamatan di samping para anggota yang terlatih untuk kerja-kerja menyelamat," katanya pada Program Hari Keluarga dan Sukan Rakyat PUGK Bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Besut yang diadakan di padang pangkalan itu di sini, Ahad.

Menurutnya, di samping itu pihaknya turut menyediakan sebuah dewan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir di pangkalan itu sekiranya pusat pemindahan yang lain seperti sekolah sudah penuh.

Faudzi menambah sebelum ini PUGK tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat banjir memandangkan banjir yang melanda negeri ini khususnya di daerah Besut tidak membimbangkan.

Program tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar. - BERNAMA

Artikel Lain