30 Motosikal Disita, 130 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Trafik - Semasa | mStar

30 Motosikal Disita, 130 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Trafik

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP Ng Sook Long berkata operasi itu, yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari pukul 11.30 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.

Operasi itu melibatkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.

Ng berkata pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal.

"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain