suria

Deepavali Peringkat K'saan Diadakan Di Kota Raja Klang 10 Nov

SIMPANG PERTANG: Sambutan Deepavali peringkat kebangsaan akan diadakan di Kota Raja, Klang pada 10 November ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bersama puluhan ribu masyarakat India menyertai sambutan itu dari 5 petang sehingga 10 malam.

"Oleh itu, kita menyeru seramai mungkin masyarakat India supaya turun padang dan bersama pemimpin kita di Kota Raja, Klang pada 10 Nov ini. Dianggarkan 25,000 orang akan hadir pada majlis tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Deepavali 1Malaysia Parlimen Jelebu 2011 di Dewan Budaya Simpang Pertang di sini, Jumaat.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, berkata dalam soal merayakan Deepavali, semua masyarakat di Malaysia perlu mempunyai petua mengenal budaya bukan bangsa sendiri.

"Menerusi kegiatan Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas dan RTM, kita telah menasihatkan supaya program-program membimbing nilai-nilai positif rakyat ini ditingkatkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain