suria

MCMC Lantik Mohamed Sharil Tarmizi Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melantik Datuk Mohamed Sharil Tarmizi sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa semalam.

Mohamed Sharil menggantikan Tan Sri Khalid Ramli, yang berkhidmat sebagai pengerusi sejak 16 Okt, 2009 hingga 15 Okt, 2011, kata MCMC dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkhidmat selama dua penggal sebagai Anggota Suruhanjaya itu sejak 1 Mei 2006.

Beliau kemudiannya dipelawa menyertai MCMC sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 16 Jun 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain