suria

Jabatan Imigresen Berpindah Ke Kompleks KDN Jalan Duta

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara akan berpindah dan beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini mulai Isnin depan.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Zahari Hassan dalam satu kenyataan berkata semua perkhidmatan untuk permohonan pasport, visa, pas dan permit, pekerja asing dan pembantu rumah asing akan dijalankan di pejabat baru itu nanti.

Katanya kaunter perkhidmatan pasport di Pusat Bandar Damansara tidak akan beroperasi pada Sabtu dan Ahad ini namun orang ramai boleh membuat permohonan pasport di Pejabat Imigresen Cawangan Wangsa Maju yang akan melanjutkan operasinya sehingga pukul 6 petang pada tarikh tersebut.

Jabatan Imigresen juga akan menggunakan nombor telefon baru iaitu 03-62057400 atau 03-62057599 bermula Isnin depan. - BERNAMA

Artikel Lain