suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GMI Desak Kerajaan Bentang Usul Mansuh ISA Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada Rabu mendesak kerajaan untuk membentangkan usul mansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata selain ISA kerajaan juga perlu memansuhkan terus undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA).

"Kami menuntut kerajaan supaya tidak menggubal akta baru yang mempunyai ciri-ciri bercanggah dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia seperti tahanan tanpa bicara, tiada semakan mahkamah dan kuasa melampau," katanya.

Jelas beliau, semua mangsa tahanan ISA juga perlu dibayar pampasan setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui mereka dan keluarga masing-masing.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Artikel Lain