suria

Polis Kenal Pasti Suspek Bunuh Wanita, Cederakan Pegawai Polis di Keningau

KOTA KINABALU: Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes menikam seorang seorang wanita sehingga mati dan mencederakanseorang pegawai polis di Keningau pada Khamis lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata usaha menjejakinya sedang giat dilakukan.

Dalam kejadian itu, seorang wanita mati akibat ditikam oleh seorang lelaki yang memasuki rumahnya di Taman Andika manakala pegawai polis berpangkat Inspektor yang cuba membantunya parah ditikam.

Hamza berkata pegawai polis terbabit kini masih menerima rawatan di Hospital Keningau dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya polis juga sudah mengambil keterangan daripada pegawai polis terbabit. - BERNAMA

Artikel Lain