suria

52 Graduan Maktab PDRM Tamat Pengajian

KUALA LUMPUR: Seramai 19 graduan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan 33 graduan Diploma Siswazah Sains Kepolisan dari Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras menamatkan pengajian mereka pada Jumaat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam ucapannya sempena majlis penutupan program itu berkata sehingga kini program yang diwujudkan hasil kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia itu telah melahirkan 79 graduan di peringkat sarjana dan 971 di peringkat diploma.

Program Diploma Sains Kepolisan telah bermula sejak tahun 1983 dan tahun ini adalah tahun yang ke-27, manakala bagi Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) telah bermula pada tahun 2004 dan sesi ini adalah tahun kelima.

Ismail berkata bagi menambah lagi bilangan pakar bidang tertentu dalam PDRM, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM dengan kerjasama Bahagian Latihan perlu mengenal pasti kursus-kursus yang sesuai dalam konteks masa kini.

"Kursus-kursus terutamanya dalam bidang-bidang yang secara relatifnya baru seperti sains forensik, perakaunan forensik, hak intelektual, jenayah berkaitan penggunaan komputer dan sebagainya yang relevan dengan keadaan dan kerencaman semasa perlu dikaji," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain