suria

328 Majikan Di Pahang Dikompaun RM322,475

KUANTAN: Sebanyak 328 majikan di Pahang dikenakan kompaun kerana gagal mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menurut Pengarah Perkeso Pahang, Mohd Shahar Ismail, seramai 221 majikan di Kuantan dikenakan kompaun berjumlah keseluruhan sebanyak RM298,100 manakala 81 majikan di Temerloh di kompaun RM19,125 dan 26 majikan di Bentong dikompaun sebanyak RM5,250.

"Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM322,475, tindakan itu diambil bagi memastikan pekerja mendapat hak masing-masing sekiranya berlaku kemalangan ketika bertugas," katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Aidilfitri Perkeso Pahang, di sini.

Beliau berkata pihak majikan perlu bertanggungjawab untuk mencarum dalam Perkeso dan kejadian majikan dikompaun itu seharusnya tidak berlaku.

"Kita juga akan melancarkan Ops Kesan peringkat negeri yang akan memberi tumpuan di kawasan pusat perniagaan pada 29 Sept ini.

"Ops Kesan adalah bertujuan mengesan majikan-majikan yang masih ingkar untuk mencarum kepada Perkeso," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain