Pengunjung Kolam Renang Gempar Lihat Ular Sawa Dalam Kolam

Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter itu. - Foto BERNAMA
Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter itu. - Foto BERNAMA
Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter itu. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, Selasa.

Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter.

"Seorang perenang wanita kemudian melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam. Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat...selepas melihat ular.

"Perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain," katanya kepada Bernama.

Ketika kejadian itu, Chong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu.

Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van beserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.

Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu.

Cuaca yang agak panas menyebabkan ular itu memasuki kolam untuk menyejukkan dirinya, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain