UiTM Tidak Cadang Anugerah Ibrahim Ali - Semasa | mStar

UiTM Tidak Cadang Anugerah Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak bercadang untuk mewujudkan 'Anugerah Ibrahim Ali' kepada para pelajarnya.

Kata Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah dan Senat universiti berkenaan, UiTM tidak boleh sewenang-wenangnya menerima atau mencadangkan anugerah seumpama itu.

Malah beliau berkata, universiti itu tidak pernah mencadangkan sebarang anugerah menggunakan nama pemimpin tertentu seperti yang dihebahkan melalui laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) - salah satu jabatan di bawah universiti berkenaan.

Sebaliknya Sahol berkata, wujud salah faham mengenai hebahan berkenaan apabila ia dibuat tanpa melalui proses dan prosedur yang ditetapkan.

"Anugerah itu dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum anugerah boleh diberi, perlu dibawa ke Senat dan lembaga. Namun mereka terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan melalui web.

"UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah," kata Sahol yang dipetik menerusi akaun facebook peribadinya di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai pandangan beberapa pihak berhubung cadangan pemberian Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah berkenaan diilhamkan oleh Ibrahim sendiri dan hadiahnya juga akan ditaja oleh beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ibrahim yang kini Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) adalah graduan UiTM. Beliau menuntut di universiti itu dari tahun 1971 hingga 1974.

Menjelas lanjut mengenai proses mewujudkan sesuatu anugerah, Sahol berkata, cadangan itu jika mempunyai merit, perlu dibahaskan oleh badan bebas yang dianggotai oleh sekumpulan profesor, dekan dan rektor kampus.

"Prosesnya bukan mudah dan mengambil masa. Di senat ada 60 profesor, dekan dan rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu, tidak ada proses melobi atau paksaan kerana ia satu badan yang kuat dan bebas di UiTM.

"Senat UiTM tahu apa yang terbaik dan apa nama anugerah yg perlu dicadangkan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain