suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih: Ronnie Liu Ditahan

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu ditahan tengah malam Jumaat dipercayai kerana menyeru rakyat menyertai demonstrasi haram Bersih 2.0.

Beliau ditahan dipertengahan jalan ketika dalam perjalanan pulang daripada memghadiri satu majlis ceramah di Hulu Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah malam kenderaan Abdul Khalid yang turut dinaiki Ronnie ditahan di sebatang jalan dekat Rawang.

Menerusi twitter Abdul Khalid, beliau menyatakan Ronnie dibawa ke balai polis Serendah.

"YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar.

"YB Ronnie ditangkap polis kerana meminta rakyat sertai perhimpunan aman Bersih. Beliau dibawa ke balai polis Serendah," tulis beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Lain