suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pengikut Syiah Diberkas JAIS

SHAH ALAM: Empat individu dipercayai pengikut ajaran Syiah diberkas kerana didakwa mengadakan majlis sambutan hari lahir anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak, pada Selasa.

JAIS melalui Operasi Syiah menyerbu majlis didakwa istimewa untuk puteri kesayangan Nabi itu yang dihadiri kira-kira 200 orang.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, menyambut kelahiran Fatimah tidak menjadi satu kesalahan sebaliknya pihaknya mendapati penganjur majlis itu melanggar fatwa berikutan ajaran Syiah dikategorikan sesat dan tidak boleh disebarkan melainkan diamalkan secara individu, bukan secara berjemaah.

Mereka yang ditahan ialah, Mohd Kamizuhairi Abd Aziz,45, Radin Ahmad Faizul Radin Mohamad Hamabali, 39, Mohd Asyraf Ahmad, 26, dan Syed Mohd Syafik Syed Hussin.

Merka akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumkah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak tahun lalu ketika mereka menghadiri ceramah sempena memperingati kematian cucu Nabi Muhammad, Hussain.

Pada 1996, Persatuan Muslim Malaysia menbantah pengharaman fatwa meyebarkan ajaran Syiah yang didakwa mengandungi beberapa ideology yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Artikel Lain