suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azizan Tarik Diri Tanding Timbalan, Naib Presiden PAS

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Rabu mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan depan.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata penarikan itu adalah kerana Azizan ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagaimanapun beliau akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam Muktamar kali ini.

"Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan-pergerakan PAS kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan terbabit," katanya.

Azizan adalah antara yang menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden selain penyandang Nasharudin Mat Isa; Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Pemilihan untuk pucuk pimpinan tertinggi PAS itu akan berlangsung di Taman Melewar, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun ini.

Antara jawatan yang dipertandingkan ialah pengerusi tetap dan timbalannya, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden serta anggota Jawatankuasa Pusat PAS. -BERNAMA

Artikel Lain