suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantahan Awal Anuar Zain Terhadap Syarikat Rakaman Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak bantahan awal penyanyi Anuar Zain dalam kes tuntutannya terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound).

Penolong Kanan Pendaftar Nurul Nadzia Abdul Aziz menolak bantahan itu dengan kos RM500.

Peguam Aizul Rohan Anuar, yang mewakili Anuar ketika dihubungi, berkata Nurul Nadzia menetapkan 27 Jun ini untuk menyambung prosiding kes itu.

Sebelum ini Anuar mengemukakan bantahan mengenai isu kos yang tidak dinyatakan dalam kenyataan pembelaan dan kontrak.

Pada 14 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Anuar, yang nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berhak mendapatkan royalti daripada Syncrosound.

Syncrosound memfailkan saman terhadap Anuar kerana mendakwa beliau melanggar perjanjian kontrak apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga album lagi dengan syarikat itu.

Dalam tuntutan balas terhadap syarikat rakaman itu, Anuar memohon diberikan butiran atau penyata mengenai penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain