suria

Zulkifli Dilantik Pengarah Logistik, Salleh Pengarah KDN/KA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa Rabu.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) (Polis Gerakan Am/Pengurusan Sempadan /Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa) Datuk Salleh Mat Rashid pula dilantik sebagai Pengarah KDN/KA juga berkuat kuasa pada hari yang sama.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam laman Facebooknya menyatakan, kedua-dua mereka akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Artikel Lain