Bajet 2012 Dibentang Di Parlimen 7 Oktober - Najib - Semasa | mStar

Bajet 2012 Dibentang Di Parlimen 7 Oktober - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.

"Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini Selasa.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

"Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain