suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Kerani Didakwa Pecah Amanah RM43,748

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM43,748.33, lapan tahun lalu.

Pengakuan Yong Wai Fen, 36, direkodkan di hadapan Hakim Rosenani Abdul Rahman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menerusi 10 keping cek milik syarikat Van Der Kemp (M) Sdn Bhd antara bulan Januari 2003 dan Mei 2003.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Zulkifli Osman mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili tertuduh, Fadilah Varusai Mohd tidak membantah jaminan RM15,000 yang ditawarkan oleh Zulkifli.

Rosenani membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jumlah jaminan tersebut dan dikenakan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan sebutan semula kes pada 15 Jun ini.

Artikel Lain