suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amah Curi Wang Majikan Dipenjara

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri wang majikan sebanyak RM1,480, seorang pembantu rumah dari Indonesia bakal meringkuk di penjara selama 17 bulan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu pada Rabu, selepas menerima pengakuan bersalah yang diberikan oleh Nur Aliza, 34.

Tertuduh mengaku mencuri wang milik Mohd Uzair Umran, 27, pada pukul 6 petang, 17 April lalu di rumah bernombor 106, Jalan 1/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor M. Rajan mengikut Sekysen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain