suria

300,000 Peluang Pekerjaan Sektor Pertanian Bakal Diwujudkan Dalam SCORE

KUCHING: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah pekerjaan yang bakal dicipta di bawah program Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCORE akan membawa perubahan besar kepada sektor ekonomi negeri itu.

Katanya, di bawah pelan jangka panjang SCORE, sejumlah 1.5 juta pekerjaan akan tercipta sehingga menjelang tahun 2030 dan daripada jumlah itu, 300,000 adalah di bawah sektor pertanian.

Sehubungan dengan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kampus Bintulu boleh berperanan sebagai hub utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pertanian bagi Negeri Sarawak.

Khaled turut memuji langkah UPM mewujudkan program persediaan diploma sebagai satu cara menambah penyertaan rakyat negeri ini dalam program tersebut.

Beliau menambah beberapa perubahan struktural boleh dilakukan antaranya membenarkan UPM membuat sesi temuduga mencari calon-calon pelajar yang berminat dan bukan melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Khaled berkata demikian ketika melancarkan Program Persediaan Diploma Pertanian dan Dewan Seri Kenyalang di UPM Bintulu, Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain