suria

55 Daripada 109 Tahanan Depot Lenggeng Yang Melepaskan Diri Ditangkap Semula

SEREMBAN: Seramai 55 orang daripada 109 pendatang tanpa izin yang melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada malam Isnin lepas berjaya ditahan semula sehingga tengah hari tadi.

Menurut jurucakap depot itu, 32 daripada mereka diberkas antara 6 petang semalam dan tengah hari tadi manakala 32 ditahan tidak lama selepas mereka melarikan diri.

"Mereka yang melarikan diri itu mungkin sudah sampai ke kawasan Broga, Jelebu dan Beranang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Majoriti yang melarikan diri itu adalah warga negara Myanmar yang bertindak membakar blok tahanan mereka sebelum merempuh pagar sebelum lari ke satu kawasan kelapa sawit.

Artikel Sebelum

Artikel Lain