Banjir Di Terengganu: 748 Dipindah Di Empat Daerah

KUALA TERENGGANU: Seramai 748 orang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan mangsa banjir setakat 2 petang ini setelah empat daerah di Terengganu dilanda banjir berikutan hujan lebat luar biasa sejak Isnin.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu berkata empat pusat pemindahan dibuka di Kemaman yang menempatkan 175 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Marang sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 31 mangsa banjir dari 13 keluarga.

Di Kuala Terengganu, dua pusat pemindahan kini menempatkan 211 penduduk dari 46 keluarga yang mula berpindah sejak tengah malam tadi manakala di Dungun, sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga, katanya kepada Bernama Selasa.

Jurucakap itu berkata operasi di semua pusat pemindahan mangsa banjir itu diselenggara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sehingga kini bekalan keperluan adalah mencukupi.

Katanya kebanyakan tempat yang dilanda banjir merupakan kawasan rendah terutama di pesisir pantai.

Hujan lebat yang bermula sejak semalam dijangka berterusan sehingga esok.

Tiga laluan juga terpaksa ditutup iaitu di KM4 Jalan Batu Putih-Kertih di Kemaman yang ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air setinggi 0.67 meter sepanjang dua kilometer.

Dua lagi jalan yang ditenggelami air ialah KM109 dan KM116 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan yang masing-masing ditutup sebelah laluannya.

"Bilik Gerakan Bencana negeri akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan," kata jurucakap itu.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai banjir di negeri itu boleh melayari laman web http://etindakan.terengganu.gov.my atau menelefon bilik gerakan berkenaan di nombor 09-6316021. - BERNAMA

Klik

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain