suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil Rakyat Kerdau Perlu Komited - MB Pahang

TEMERLOH: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad supaya memberikan perkhidmatan terbaik demi masa depan rakyat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kemenangan Syed Ibrahim dengan majoriti besar memberi mesej jelas bahawa beliau perlu komited dalam melaksanakan tugasnya terutamanya bagi membela kelompok masyarakat yang masih ketinggalan.

"Kemenangan ini membawa maksud Syed Ibrahim perlu buat kerja untuk rakyat terutamanya bagi membantu golongan susah," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Dewan Tun Razak di sini, Ahad.

Pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Barisan Nasional (BN) menewaskan PAS dengan majoriti besar iaitu 2,724 undi.

Syed Ibrahim mendapat 5,056 undi manakala calon PAS, Hassanuddin Salim memperoleh 2,336 undi.

Diminta mengulas mengenai faktor kemenangan BN, Adnan yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kerdau berkata ia berpunca daripada penerimaan rakyat terhadap dasar dan perjuangan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selain itu tentulah kerana faktor calon kita yang hebat dan terbaik menjadi pilihan rakyat," katanya.

Artikel Lain