suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Mati Dihentak Di Kepala Dalam Pertengkaran

SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah, K.Magapugie, 33, meninggal dunia akibat dihentak dengan objek keras oleh seorang anggota keluarga terdekat akibat berselisih faham di sebuah rumah di Taman Sejati Indah dekat sini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang sebelum itu membuat laporan bahawa wanita itu mati akibat terjatuh di dalam rumah.

"Curiga dengan laporan itu, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi membuat pemeriksaan dan mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu," katanya kepada pemberita.

Mohd Zakaria berkata berdasarkan keterangan saksi, berlaku pertengkaran kuat sehingga disedari jiran pada 5 pagi.

"Tidak lama kemudian suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula, dan selepas itu, suara wanita itu tidak kedengaran lagi," katanya.

Mayat Magapugie dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain