suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Lemas Motosikal Terhumban Ke Dalam Longkang

KUALA LUMPUR: Seorang konstabel dari Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur lemas selepas motosikal dinaikinya terbabas lalu merempuh tembok sebelum terhumban ke dalam longkang di Taman Desa Jaya, Kepong di sini awal hari Khamis.

K.Devaraju Naidu, 29, sedang memandu motosikal Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ehsan bila kejadian berlaku pada pukul 3 pagi.

"Dipercayai motosikalnya terbabas lalu bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 2 x 2 meter yang dipenuhi air akibat hujan lebat.

"Mayat mangsa ditemui pada jam lebih kurang 7.30 pagi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian akibat dihanyutkan oleh arus longkang," kata Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Ismail Ibrahim ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata polis tidak menemui apa-apa kesan kecederaan ke atas mayat mangsa kecuali kecederaan di bibir bahagian kanan. - BERNAMA

Artikel Lain