Kol Norhuda, Wanita Pertama Dari Bahagian Tugas Am Dilantik Brigadier Jeneral - Semasa | mStar

Kol Norhuda, Wanita Pertama Dari Bahagian Tugas Am Dilantik Brigadier Jeneral

KUALA LUMPUR: Kolonel Norhuda Ahmad dari bahagian tugas am mencipta sejarah tersendiri dalam pasukan tentera darat apabila menjadi pegawai wanita pertama dari bahagian itu dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Norhuda, 54, yang sebelum ini Ketua Cawangan Asean, Pusat Integrasi Perisikan, Direktorat Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Direktorat Latihan bahagian itu.

Beliau merupakan antara 27 pegawai kanan Tentera Darat dinaikkan ke pelbagai pangkat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Norhuda layak dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini menjadikan hari ini hari istimewa bagi Tentera Darat, katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Transit di sini hari ini.

Zulkifeli berkata pihaknya akan mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai wanita lain sekiranya terdapat kekosongan jawatan memandangkan kini terdapat ramai kakitangan wanita Tentera Darat yang berkaliber.

Beliau bagaimanapun menekankan antara penilaian untuk dinaikkan pangkat, tanpa mengira jantina ialah mempunyai rekod pencapaian yang menggalakkan, pengalaman serta prestasi keintelektualan.

Sebelum ini, terdapat dua wanita berpangkat Brigadier Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu Datuk Dr Roshidah Ishak dan Dr S.T.T Thavachelvi. Kedua-duanya dari Kor Perubatan.

Pada majlis itu, lima Brigadier Jeneral dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral terdiri daripada Datuk Paduka Md Azman Rosli yang kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Tim Hala Tuju Tentera Darat.

Datuk Suhaimi Mohd Zuki kini ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat (MTD), Datuk Mohd Zaki Mokhtar (Asisten Ketua Staf Sumber Manusia MTD), Datuk Rohisha Yahaya (Asisten Ketua Staf MTD), Datuk Ishak Yeop Hamzah (Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan) dan Datuk Dr Mohd Zin Bidin yang merupakan profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Norhuda melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kenaikan pangkatnya setelah menghadapi pelbagai halangan dan kesusahan dalam menjalankan tugas bersama Tentera Darat.

Beliau bagaimanapun sedih memandangkan arwah bapanya yang sentiasa memberi semangat kepadanya dan ingin benar melihatnya mencapai pangkat jeneral tidak sempat melihat beliau dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL